Febuari???

>> Thursday 21 January 2010

Sejak beberapa hari yang berlalu dan setelah berlakunya beberapa peistiwa, hati dan fikiranku seolah-olah cuba untuk mentafsirkan apakah yang dimaksudkan dengan bulan “Febuari” dan apakah yang dirancang untuk diriku?



Entahlah terkadang tu, fikiranku tak sampai untuk menafsir segala apa yang berlaku , Cumanya beberapa andaian dapat aku simpulkan. Namun hati kecilku seakan-akan memaksa diri aku supaya mencari jawapan secepat mungkin. Bagaimana untuk mencari? Itulah persoalanya. Sekadar andaian dan kesimpulan yang boleh dibuat,itupun belum tentu memberikan kepuasan untuk diriku.



Barangkali mungkin ada sesuatu yang diri ini tak tahu, apakan yang dirancang oleh sahabat-sahabatku. Sebabanya setiap kali pekara dan peristiwa yang berlaku ke atas diriku, pasti dan pasti sahabatlah yang memberikan kata nasihat dan juga kata semangat. Tetapi!! Bila aku bertanya “anta tahu mana ana tentang ana macam ni”. Dengan perlahan jawapan dia “tunggu nanti”, aku bertanya: “bila yang dimaksudkan nanti tu”. Tunggulah bulan dua (febuari) ni. Aduh mengeluh hatiku.



Terfikir dalam fikiranku, kenapa dia x cakap sekarang. Boleh je bagitahu terus bukannya ada apa-apa pun. Tapi itulah mungkin ada sesuatu yang aku tidak tahu, dan mungkin ia mengambil sedikit masa untuk memahamkan diri aku.



Ada suatu hari, aku bergurau senda dengan sahabat-sahabat. Kerana bagiku sahabat dan teman adalah tempat untuk berkongsi pengalaman suka dan duka bukan sahaja untuk bertukar pandangan. Kebetulan pula diri ini belum ditakdirkan lagi untuk berumah tangga. Tiba-tiba dengan bergurau tu ada sahaja pekara yang disembangkan terhenti sekadar itu sahaja. Bila bertanya je “bulan dua”. Terseksa mendengarnya, anak kelahiran terangganu pun turut berkata sedemikian. Anak kelahiran Terengganu ni pelik sedikit, apa yang saya tak suka dia suka. Contohnya kalau keadaan tengah tidur,saya kebiasaan nya tak suka diganggu melainkan pada keadaan yang wajib atas saya lakukan. Namum dia suka untuk diganggu bila dia tidur. Bukanlah untuk mengkhbarkan sesuatu yang buruk tapi tertarik bila ada kontra yang Allah bagi setiap hamba dimuka bumi ini.



Hari terus berlalu, sampai sekarang aku masih belum dapat simpulkan apakah yang dimaksudkan dengan “bulan dua”. Seorang lagi sahabat, dia ni lagi kerap berkata demikian. Anak kelahiran kedah yang sangat bersabar untuk menunggu saat-saat yang bersejarah dalam hidup dia. Tapi itu lah, bila berlakunya perbualan antara diriku dengan dia, banyak je perbualan yang diperkatakan tapi kebanyakan perbualan itu seolah-olah dihalang oleh satu hijab yang membezakan diriku dengan dia. Dia kata nak tahu boleh tapi!!. Tapi tu lah yang membuat diri aku tertanya-tanya. Tapi apa? Tunggu bulan dua.



Hatiku berkata sendirian “ada apalah kat bulan dua tu, yang aku tahu bulan dua ni nak masuk sem baru kat sini”. Memang letih dan sakit sekali bila menunggu sesuatu yang belum tiba. Pepatah melayu ada mengatakan “penantian itu satu penyeksaan”



Bagi yang mereka terlibat dalam perancangan ini. insyAllah diri ni sabar dalam menanti apa sebarang teguran dan nasiaht dari kalian semua.



Dan Alhamdulillah, segala permasalahan dan ujian sudah dapat jalan penyelesaianya. Terasa indah kembali jika hidup ini sentiasa dalam rahmat jagaan Allah bersama rakan-rakan seperjuangan di sini. Mudahan ikatan ukhwah ini terikat untuk selama-lamanya diantara kita dengan ikatan iman dan cinta kepada Allah semata-mata.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP