Perubahan Minda Remaja…Ku

>> Monday, 19 October 2009

Bila nak keluar keputusan spm(05)? “Hujung bulan 3 ni “ kata seorang sahabat. Eh hang nak minta apa? Universiti mana?.. aku nak minta UM dan UKM dan universiti yang masyur kat Malaysia. Nanti beleh kita belajar sekali.

Petang tu, ni borang yang ayah amik kat pejabat zakat isi lah borang tu…”insyAllah” hati kecil ku berbicara. Mengingatkan aku tentang cita-cita aku yang pernah terpadam sewaktu aku melangkah keluar dari madrasah pentarbiahan rohaniku tika itu aku berumur 13 tahun. Ya itu cita-citaku dan impian kedua orang tuaku.

Begitu cepat masa berlalu, tanpa mengira keadaan sekeliling… keputusan untuk sambung belajar telah punku perolehi….arghhhh!!! kenapa jadi macam ni? Aku dah buat yang terbaik, kawan-kawanku yang lain semua dapat memasuki walaupun ada sesetengah dikalangan mereka itu keputusannya lebih rendah daripada aku. Sedih hati aku, harapan yang diimpikan kini terkubur dengan ilusi serta bayangan semata-mata.



Sehari selepas itu, “khairi ni ada surat tawaran dari DQ” kata ibundaku yang amat aku sayangi. “DQ! Aduh yang minta x dapat yang lain pula datang” kata hati kecilku yang berbaur kecewa bak kerana tidak mampu untuk masuk universiti. Malam tu, mataku hanya memperhatikan saja surat tawaran itu, tanpa memberi arahan pada angotaku yang lain untuk mengeraknnya terutama tangaku. Aku biarkan sahaja surat tawaranku tu bersendirian .

Keesokan harinya…”khairi dah isi ke borang DQ tu?” Tanya ibuku yang sungguh lembut bahasanya barangkali mungkin hatinya gembira dek kerana anaknya yang bongsu ni dapat tawaran untuk sambung belajar di DQ. “belum “ jawabku ringkas. “Kenapa x isi lagi? Ahad ni dah nak masuk daftar?” kata ibuku dengan hati yang curiga terhadap tindakanku itu.

“x tahu la mama, khairi minta yang lain dapat yang lain” khairi nak jadi juga macam abang-abang dan kakak-kakak yang lain” depa semua dapat masuk universiti yang depa minta.”..kata-kataku yang agak merungut manja terhadap ibuku yang tercinta.

“kenapa cakap macam tu?.. mama lebih suka dan hati mama redha dengan keptusan khairi, dan dengan keputusan ni khairi dapat surat tawaran dengan izin Allah.Berbanding kalau khairi dapat keputusan yang baik mungkin khairi xkan dapt tawaran DQ tu? Kata ibuku dengan nada yang agak sedih.

Hatiku agak tersentuh dengan ungkapan dri ibu,kenapa begitu biadap percakapanku ini. Tiba-tiba ibuku berdialog denganku..”Nanti sapa nak tolong mama kat sana?”

“sana?” hatiku mengulangi perkataan yang disebutkan oleh ibu . Aku terus terdiam dan menundukkan kepalaku yang jahil ini. Hatiku benar-bnar tersentuh dengan kalimah yang diucapkan oleh ibu. Malam tu, aku sedar apa yang dimaksudkan oleh ibuku, mungkin sebelum ni akal fikiranku masih mentah dan belum mencapai tahap separa matang untuk berfikiran sejauh ibu.



Benarlah firman Allah yang berbunyi:

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu pekara, padahal dia amat baik bagi kamu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu pekara, padahal dia amat buruk bagi kamu, Allah mengetahui seang kamu tidak mengetahui”
Surah Al-Baqarah ayat 216.

Alhamdulillah, dengan berkat doa ibu, kesedaran itu datang dengan izin Allah..dan cita-citaku dahulu yang ingin habiskan hafalan quranku datang dengan yakin sekali dan azam yang tinggi. Kesedaran itulah membuatku amat yakin sekali bahawa manusia itu tidak mampu untuk mentadbir dirinya sendiri bahkan Allah lah tepat untuk menyandarnya. Allah tak memerlukan hambaNya tetapi hamba itulah yang amat memerlukan Tuhannya. Maha Suci Allah dari sifat kekurangan.

Alhamdulillah ana dapat sambung belajar DQ… "Xpa, nta p sana jangan lupa kami, kami insyAllah mungkin akan sambung diluar selepas tamat peperiksaan STAM" kata sahabat ku………..?

Read more...

Keperluan Usrah Dalam Diriku

>> Thursday, 15 October 2009















Keperluan Usrah Dalam Diriku



Allahmdulillah segala puji bagi Allah, hatiku bersyukur dengan selamatnya tiba dibumi anbia’ ini dan alhamdulillah diri ini dapat membiasakan kehidupan di sini dengan serba sederhana bukankah beserdehana itu jalan yang terbaik “sebaik-baik pekerjaan itu yang pertengahan” mafhum hadis. Sebelum sampai di bumi syam ini banyak dugaan dan ujian yang datang bagi menguji kekuatan hati untuk meneruskan perjuangan bagi memikul jalan dakwah yang tiada penghujungnya melainkan dengan tertegaknya kalimah Allah di semua pelusuk negara dan itulah impain yang diingini oleh setiap para pendakwah.

Dari pagi sampai kemalam hati aku masih dalam dilema ke mana harus aku sambung pengajian aku ini. Universiti sudah dalam gengaman namun hati kecilku memaksa diriku agar melanjutkan pelajaran di rantau orang, kotak fikiran kecilku aku mula mencari makna disebalik hikamah dan kesannya. Alahmdulillah hati ini diberi petunjuk oleh Pemilik Hati yang Mutlak disampaing mendapat sokongan dari keluarga,sahabat dan usratul jadid. Ala kullihah terima kasih untuk semua terutamanya kepada mama dan ayah kerana mengizinkan khairi untuk belajar si sini(jordan) dan untuk berjauhan untuk sementara waktu ini.”kllu am wa antum bilkhir”

Sebelum bertolak ke Jordan

“khairi nta ni jadi x nk p smbung luar?” kata sahabat ana. “insyAllah” itulah kata2 yang mampu terkeluar. Datang sorang lagi “khairi kita sama2 belajar kat sini lah”……kata-kata ini lah yang menjadi pertimbangan sewaktu membuat kata putus dalam waktu yang amat singkat sekali. Terdetik untuk bertanya orang yang sangat hampir dengan diri selapas kedua ibu bapaku dan adik bradikku. “boleh x klu ana sambung belajar di luar?” jawapan yang amat senang dan tenang untuk aku merimanya “apa yang terbaik untuk anta itulah yang terbaik bg ana” walaupun nadanya terselit seribu mkna yang mendalam..syukran untuk semuanya. Alhamdulillah dengan berkat doa oleh kedua orang tuaku akhirnya aku sampai di sini dalam keadaan hatiku yang amat tenang.
Selang beberapa hari saat yang ku nantikan telah tiba sekumpulan dari teman-temanku selamat tiba di bumi anbia’ ini……maka bermulah lah kisah usrah untuk diriku ini yang selama ini aku menagihnya dengan keinginan yang sangat mendalam hasil daripada didikan naqib aku yang aku hormati dan sayangi “akhi wan awis qarni” tapi aku hanya berdiam diri sewaktu berada di Darul Quran….insyAllah akan diceritakan kemudian hari………

Read more...

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP