Mensyukuri Apa Yang Aku Miliki

>> Monday 30 November 2009


Bermula esok ana nak kamu setiap hari satu maqra’…kata guruku dengan nada bercampur melayu. Hatiku menerima dengan tenang. “Permulaan yang bagus ni”, bisik hati aku. Namun sejak bermulanya hafalanku, hati aku semakin hari semakin terasa terhimpit dengan bebanan yang aku tanggungi tu, aku seolah-olah merasakan tiada sesuatu pun yang boleh dibuat jika hafalanku belum selesai….


Aduh!!! Sedikit merungut hati aku tika itu. Susah la macam ni, nak buat tu x kena, nak buat ni pun x kena. Aku teringin untuk alami dan rasai apa yang sahabat-sahabatku rasai. Pada pandangan aku mereka mudah dari segi sudut hafalan. Tak tahulah kalau-kalau ada masalah yang lain. Tapi itulah, hati aku benar-benar cemburu dengan keadaan macam tu… walaupun begitu hatiku tetap tenang dengan pujukan dari Allah dalm kalamNya yg bermaksud:


“ Dan janganlah kamu iri hati terhadap apa yang dikurniakan Allah kepada sebahagian kamu lebih banyak dari sebahagian yang lain. Bagi orang laki-laki ada bahagiandaripada apa yang mereka usahakan dan dan bagi para wanita pun ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, dn mohonlah kepada Allahsebahgian dari limpah kurnianya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu”

Ayat 32 Surah An-Nisa’

“Mama susah la nak menghafal ni.” Aku merungut pada ibuku. Aku amat yakin sekali bahawa ibuku amat memahami sekali perasaanku. Banyakan berdoa, buat pekara sunat, lepas baca quran jangan sesekali lupa berdoa. Itulah pesan ibuku setiap kali aku mengadu padanya. Dan pekara yang amat penting ibuku pesan “dekat dengan Allah”


Aku tak nafikan, sebelum ini diriku aku amat lemah sekali dalam pelbagai aspek, lahirnya diri ini bukanlah dari golongan keluarga yang berstatuskan agama, bukan juga dari keturunan bangsawan dan juga cendiakwan yang masyhur. Sememannya kita lebih kenal siapa diri kita, dan aku tahu dri mana datangnya diriku dan dan asal usulku. Namum terselit juga rasa bersyukur pada Allah, dengan kehadiran “nur ilahi” bagi menerangi keluarga ini, mungkin hasil doa dari kedua ibu bapaku.


Hati aku bermonolog bersndirian bila mendengar perbualan diantara shabat-sahabat aku, terutamanya bila mereka membicarakan tentang keluarga. Kehebatan serta pengalaman mereka sewaktu dibangku sekolah juga turut aku kagumi. Terasa rendahnya diri aku. .”ya aku memang takda apa-apa jika dibandingkan dengan mereka” amat jauh sekali.


Namun setiap kali diuji dengan rasa rendah diri dan lemah rasa, aku mengambil kekuatan dari kalam Allah bagi mengubati jiwaku setiap kali jiwa ni diuji dengan kedukaan.


Fiman Allah yang bermaksud: “dan ingatlah, tatkala Tuhanmu memaklumkan: sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmatKu), maka sesungguhnya azabKu sangat pedih”

Ayat 7, Surah Ibrahim

Benarlah firman Allah, hati kita akan menjadi tenang jika semuanya kita kembalikan pada Allah.. dan satu pekara yang aku pegang yang mana aku dapatinya dari seseorang yang sangat hampir denganku dan sering kali mengingti aku bahawa “Allah bersama sangkaan hambaNya”…


“jom pi rawang” kata seorang sahabat sekuliah dakwahku. “rawang” dahi agak mengerut, akal kata nak pergi tetapi dihalangi oleh oleh hati “khairi ko tu modal x da lagi, dah la x rajin mcm orang lain, enjin ko x sama mcm depa”. Terkadang tu aku bermarah sendirian, x faham juga dengan diri sendiri, dan masih mencari kunci untuk mengenali diriku..”arrrghh…x pelah ana ada keja,maaf yea “ rasa bersalah pulak aku.


“malam ni usrah mcm biasa kat tepi tasik” satu pesanan ringkas(sms) yang aku dapat dari adik-beradik usrah aku. Masing-masing membawa satu barang yang mana tidak diberitahu dan akan menikmatinya bersama. Angin malam yang dingin menusuk tubuh badan yang kerdil ni. Saat yang aku x lupa,pada ketika itu masing-masing melontarkan idea tentang permaslahan yang dibangkitkan oleh naqib usrah aku abg awis… “x pa nanti antum akan lihat sepertimana yang ana cakapkan”, tunggu dan antum akan lalui itulah kata-kata yang selalu dipesan….malam yang dipertemukan Allah itu selesai jam 1pagi mungkin lebih…..

Read more...

Perubahan Minda Remaja…Ku

>> Monday 19 October 2009

Bila nak keluar keputusan spm(05)? “Hujung bulan 3 ni “ kata seorang sahabat. Eh hang nak minta apa? Universiti mana?.. aku nak minta UM dan UKM dan universiti yang masyur kat Malaysia. Nanti beleh kita belajar sekali.

Petang tu, ni borang yang ayah amik kat pejabat zakat isi lah borang tu…”insyAllah” hati kecil ku berbicara. Mengingatkan aku tentang cita-cita aku yang pernah terpadam sewaktu aku melangkah keluar dari madrasah pentarbiahan rohaniku tika itu aku berumur 13 tahun. Ya itu cita-citaku dan impian kedua orang tuaku.

Begitu cepat masa berlalu, tanpa mengira keadaan sekeliling… keputusan untuk sambung belajar telah punku perolehi….arghhhh!!! kenapa jadi macam ni? Aku dah buat yang terbaik, kawan-kawanku yang lain semua dapat memasuki walaupun ada sesetengah dikalangan mereka itu keputusannya lebih rendah daripada aku. Sedih hati aku, harapan yang diimpikan kini terkubur dengan ilusi serta bayangan semata-mata.



Sehari selepas itu, “khairi ni ada surat tawaran dari DQ” kata ibundaku yang amat aku sayangi. “DQ! Aduh yang minta x dapat yang lain pula datang” kata hati kecilku yang berbaur kecewa bak kerana tidak mampu untuk masuk universiti. Malam tu, mataku hanya memperhatikan saja surat tawaran itu, tanpa memberi arahan pada angotaku yang lain untuk mengeraknnya terutama tangaku. Aku biarkan sahaja surat tawaranku tu bersendirian .

Keesokan harinya…”khairi dah isi ke borang DQ tu?” Tanya ibuku yang sungguh lembut bahasanya barangkali mungkin hatinya gembira dek kerana anaknya yang bongsu ni dapat tawaran untuk sambung belajar di DQ. “belum “ jawabku ringkas. “Kenapa x isi lagi? Ahad ni dah nak masuk daftar?” kata ibuku dengan hati yang curiga terhadap tindakanku itu.

“x tahu la mama, khairi minta yang lain dapat yang lain” khairi nak jadi juga macam abang-abang dan kakak-kakak yang lain” depa semua dapat masuk universiti yang depa minta.”..kata-kataku yang agak merungut manja terhadap ibuku yang tercinta.

“kenapa cakap macam tu?.. mama lebih suka dan hati mama redha dengan keptusan khairi, dan dengan keputusan ni khairi dapat surat tawaran dengan izin Allah.Berbanding kalau khairi dapat keputusan yang baik mungkin khairi xkan dapt tawaran DQ tu? Kata ibuku dengan nada yang agak sedih.

Hatiku agak tersentuh dengan ungkapan dri ibu,kenapa begitu biadap percakapanku ini. Tiba-tiba ibuku berdialog denganku..”Nanti sapa nak tolong mama kat sana?”

“sana?” hatiku mengulangi perkataan yang disebutkan oleh ibu . Aku terus terdiam dan menundukkan kepalaku yang jahil ini. Hatiku benar-bnar tersentuh dengan kalimah yang diucapkan oleh ibu. Malam tu, aku sedar apa yang dimaksudkan oleh ibuku, mungkin sebelum ni akal fikiranku masih mentah dan belum mencapai tahap separa matang untuk berfikiran sejauh ibu.



Benarlah firman Allah yang berbunyi:

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu pekara, padahal dia amat baik bagi kamu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu pekara, padahal dia amat buruk bagi kamu, Allah mengetahui seang kamu tidak mengetahui”
Surah Al-Baqarah ayat 216.

Alhamdulillah, dengan berkat doa ibu, kesedaran itu datang dengan izin Allah..dan cita-citaku dahulu yang ingin habiskan hafalan quranku datang dengan yakin sekali dan azam yang tinggi. Kesedaran itulah membuatku amat yakin sekali bahawa manusia itu tidak mampu untuk mentadbir dirinya sendiri bahkan Allah lah tepat untuk menyandarnya. Allah tak memerlukan hambaNya tetapi hamba itulah yang amat memerlukan Tuhannya. Maha Suci Allah dari sifat kekurangan.

Alhamdulillah ana dapat sambung belajar DQ… "Xpa, nta p sana jangan lupa kami, kami insyAllah mungkin akan sambung diluar selepas tamat peperiksaan STAM" kata sahabat ku………..?

Read more...

Keperluan Usrah Dalam Diriku

>> Thursday 15 October 2009















Keperluan Usrah Dalam Diriku



Allahmdulillah segala puji bagi Allah, hatiku bersyukur dengan selamatnya tiba dibumi anbia’ ini dan alhamdulillah diri ini dapat membiasakan kehidupan di sini dengan serba sederhana bukankah beserdehana itu jalan yang terbaik “sebaik-baik pekerjaan itu yang pertengahan” mafhum hadis. Sebelum sampai di bumi syam ini banyak dugaan dan ujian yang datang bagi menguji kekuatan hati untuk meneruskan perjuangan bagi memikul jalan dakwah yang tiada penghujungnya melainkan dengan tertegaknya kalimah Allah di semua pelusuk negara dan itulah impain yang diingini oleh setiap para pendakwah.

Dari pagi sampai kemalam hati aku masih dalam dilema ke mana harus aku sambung pengajian aku ini. Universiti sudah dalam gengaman namun hati kecilku memaksa diriku agar melanjutkan pelajaran di rantau orang, kotak fikiran kecilku aku mula mencari makna disebalik hikamah dan kesannya. Alahmdulillah hati ini diberi petunjuk oleh Pemilik Hati yang Mutlak disampaing mendapat sokongan dari keluarga,sahabat dan usratul jadid. Ala kullihah terima kasih untuk semua terutamanya kepada mama dan ayah kerana mengizinkan khairi untuk belajar si sini(jordan) dan untuk berjauhan untuk sementara waktu ini.”kllu am wa antum bilkhir”

Sebelum bertolak ke Jordan

“khairi nta ni jadi x nk p smbung luar?” kata sahabat ana. “insyAllah” itulah kata2 yang mampu terkeluar. Datang sorang lagi “khairi kita sama2 belajar kat sini lah”……kata-kata ini lah yang menjadi pertimbangan sewaktu membuat kata putus dalam waktu yang amat singkat sekali. Terdetik untuk bertanya orang yang sangat hampir dengan diri selapas kedua ibu bapaku dan adik bradikku. “boleh x klu ana sambung belajar di luar?” jawapan yang amat senang dan tenang untuk aku merimanya “apa yang terbaik untuk anta itulah yang terbaik bg ana” walaupun nadanya terselit seribu mkna yang mendalam..syukran untuk semuanya. Alhamdulillah dengan berkat doa oleh kedua orang tuaku akhirnya aku sampai di sini dalam keadaan hatiku yang amat tenang.
Selang beberapa hari saat yang ku nantikan telah tiba sekumpulan dari teman-temanku selamat tiba di bumi anbia’ ini……maka bermulah lah kisah usrah untuk diriku ini yang selama ini aku menagihnya dengan keinginan yang sangat mendalam hasil daripada didikan naqib aku yang aku hormati dan sayangi “akhi wan awis qarni” tapi aku hanya berdiam diri sewaktu berada di Darul Quran….insyAllah akan diceritakan kemudian hari………

Read more...

Suka Duka dalam Kehidupan

>> Friday 4 September 2009

Buat pertama kalinya diri ini bersyukur terhadap Ilahi dengan perkenalan yang Allah temukan dalam kehidupan kita.Pernahkan kita terlintas untuk menilai,mengambil tahu dan sebagianya dalam kehidupan kita setiap detik suka dan duka dalam kehidupan kita. perkataan suka merupakan perkataan yang senonim dalam kehidupan manusia dan ia menjadi satu kebanggaan bagi manusia itu jika dia memperolehi kesukaan itu. Suka bermaksud sesuatu yang mengembirakan, menyenangkan, membahagiakan. Apa pula yang dimaksudkan dengan Nikmat dan Rahmat? Pernahkah sahabat terfikir!! Renungkan lah sebentar untuk berfikir. Manusia itu, jika dikurniakan nikmat dan rahmat hati mereka terlalu asyik hingga melupakan diri mereka serta darimana asal usul mereka kecuali manusia yang ada iman dan ketaqwaan yang tinggi pada Allah. Berbeza pula orang yang beriman tetapi kurang ketaqwaan pada Allah s.w.t.

Firman Allah bermaksud: "Sesunguhnya orang yang paling mulia diantara kamu di sisi Allah adalah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu".

Banyak diantara manusia yang selalu dan kerap kali menghitung kedukaan dan kesedihan dihati dalam kehidupan mereka. Sering kali juga mereka mengeluh disebabkan ujian yang dilalui untuk hanya beberapa kalinya, namun adakah mereka penah menghitung berapa banyak kesenangan, kebahagian, kegembiraan yang pernah mereka lalui berbanding kesedihan, kedukaan yang mereka hadapi. Ternyata kita manusia sering lupa akan nikmat pemberian Allah yang banyak itu sewaktu kita senang. Allah tidak penah sekali-kali untuk menzalimi hambaNya bahkan Allah itu amat mengasihani pada hambNya.

InsyAllah kita sama-sama mengambil teladan dari kisah nabi-nabi yang terdahulu yang mana perjuangan mereka lebih hebat bahkan sangat dikagumi oleh Allah dan segala makhluk ciptaan Allah s.w.t. Ujian yang ditimpakan ke atas Nabi Ayob bukanlah menunjukan kesalahan nabi, tapi satu pengajaran yang dapat di ambil melalui utusan Allah untuk umat manusia. Ketika mana nabi Ayob diuji dengan ujian yang cukup berat tapi nabi tidak pernah mengeluh bahkan nabi menunjukkan satu sikap ang amat terpuji untuk dicontohi oleh sekelian umat Islam secara khasnya. Nabi Ayob bersyukur pada Allah kerana ujian yang dihadapinya hanyalah baru sedikit jika dibandingkan dengan nikmat kebahagian yang Allah berikan kepada baginda sewaktu baginda dalam kesenagan. Dapat lah kita perhatikan bagaimana seorang Rasul yang diutuskan Allah bagi melaksanakan segala perintah Allah dengan penuh keikhlasan dan hanyalah semata-mata mengharap kerdaan Allah s.w.t. Matlamat kita dalam kehidupan bukanlah untuk mencari kekayaan, kesenagan dunia semata-mata, kerana perjalanan kita masih jauh dan memerlukan bekalan yang banyak untuk menampung segala pembiayaan kita di negeri Allah(akhirat). Sedarlah kita semua,kita bukanlah sekadar tidak mencukupi bekalan malah kita masih mempunyai hutang-hutang yang masih belum dijelaskan kepada Allah s.w.t. Renung-renugkan lah wahai umat Islam.

Read more...

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP