Mensyukuri Apa Yang Aku Miliki

>> Monday 30 November 2009


Bermula esok ana nak kamu setiap hari satu maqra’…kata guruku dengan nada bercampur melayu. Hatiku menerima dengan tenang. “Permulaan yang bagus ni”, bisik hati aku. Namun sejak bermulanya hafalanku, hati aku semakin hari semakin terasa terhimpit dengan bebanan yang aku tanggungi tu, aku seolah-olah merasakan tiada sesuatu pun yang boleh dibuat jika hafalanku belum selesai….


Aduh!!! Sedikit merungut hati aku tika itu. Susah la macam ni, nak buat tu x kena, nak buat ni pun x kena. Aku teringin untuk alami dan rasai apa yang sahabat-sahabatku rasai. Pada pandangan aku mereka mudah dari segi sudut hafalan. Tak tahulah kalau-kalau ada masalah yang lain. Tapi itulah, hati aku benar-benar cemburu dengan keadaan macam tu… walaupun begitu hatiku tetap tenang dengan pujukan dari Allah dalm kalamNya yg bermaksud:


“ Dan janganlah kamu iri hati terhadap apa yang dikurniakan Allah kepada sebahagian kamu lebih banyak dari sebahagian yang lain. Bagi orang laki-laki ada bahagiandaripada apa yang mereka usahakan dan dan bagi para wanita pun ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, dn mohonlah kepada Allahsebahgian dari limpah kurnianya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu”

Ayat 32 Surah An-Nisa’

“Mama susah la nak menghafal ni.” Aku merungut pada ibuku. Aku amat yakin sekali bahawa ibuku amat memahami sekali perasaanku. Banyakan berdoa, buat pekara sunat, lepas baca quran jangan sesekali lupa berdoa. Itulah pesan ibuku setiap kali aku mengadu padanya. Dan pekara yang amat penting ibuku pesan “dekat dengan Allah”


Aku tak nafikan, sebelum ini diriku aku amat lemah sekali dalam pelbagai aspek, lahirnya diri ini bukanlah dari golongan keluarga yang berstatuskan agama, bukan juga dari keturunan bangsawan dan juga cendiakwan yang masyhur. Sememannya kita lebih kenal siapa diri kita, dan aku tahu dri mana datangnya diriku dan dan asal usulku. Namum terselit juga rasa bersyukur pada Allah, dengan kehadiran “nur ilahi” bagi menerangi keluarga ini, mungkin hasil doa dari kedua ibu bapaku.


Hati aku bermonolog bersndirian bila mendengar perbualan diantara shabat-sahabat aku, terutamanya bila mereka membicarakan tentang keluarga. Kehebatan serta pengalaman mereka sewaktu dibangku sekolah juga turut aku kagumi. Terasa rendahnya diri aku. .”ya aku memang takda apa-apa jika dibandingkan dengan mereka” amat jauh sekali.


Namun setiap kali diuji dengan rasa rendah diri dan lemah rasa, aku mengambil kekuatan dari kalam Allah bagi mengubati jiwaku setiap kali jiwa ni diuji dengan kedukaan.


Fiman Allah yang bermaksud: “dan ingatlah, tatkala Tuhanmu memaklumkan: sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmatKu), maka sesungguhnya azabKu sangat pedih”

Ayat 7, Surah Ibrahim

Benarlah firman Allah, hati kita akan menjadi tenang jika semuanya kita kembalikan pada Allah.. dan satu pekara yang aku pegang yang mana aku dapatinya dari seseorang yang sangat hampir denganku dan sering kali mengingti aku bahawa “Allah bersama sangkaan hambaNya”…


“jom pi rawang” kata seorang sahabat sekuliah dakwahku. “rawang” dahi agak mengerut, akal kata nak pergi tetapi dihalangi oleh oleh hati “khairi ko tu modal x da lagi, dah la x rajin mcm orang lain, enjin ko x sama mcm depa”. Terkadang tu aku bermarah sendirian, x faham juga dengan diri sendiri, dan masih mencari kunci untuk mengenali diriku..”arrrghh…x pelah ana ada keja,maaf yea “ rasa bersalah pulak aku.


“malam ni usrah mcm biasa kat tepi tasik” satu pesanan ringkas(sms) yang aku dapat dari adik-beradik usrah aku. Masing-masing membawa satu barang yang mana tidak diberitahu dan akan menikmatinya bersama. Angin malam yang dingin menusuk tubuh badan yang kerdil ni. Saat yang aku x lupa,pada ketika itu masing-masing melontarkan idea tentang permaslahan yang dibangkitkan oleh naqib usrah aku abg awis… “x pa nanti antum akan lihat sepertimana yang ana cakapkan”, tunggu dan antum akan lalui itulah kata-kata yang selalu dipesan….malam yang dipertemukan Allah itu selesai jam 1pagi mungkin lebih…..

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP