Mampukah Sijil Aku???
>> Sunday, 24 January 2010
ketika itu saya bersama seorang teman(senior) untuk menziarahi sorang senior yang bakal graduan universiti mu'tah dan alhamdulillah senarai nama untuk bakal graduan sudah pun keluar dan dia termasuk dalam senarai tersebut. mungkin kerana terlalu gembira sehingga demam. Namun apa yang hendak dikongsikan itu bukan lah pada ujian demam itu, tapi satu perbualan yang amat tersentuh hati penulis yang baru ini.
Suatu malam yang sangat sejuk di pekan Mu'tah, saya berama seorang teman menziarahi seorang senior yang tidak lama lagi akan meninggalkan dataran syam di bumi urdun ni buat selama-lamanya bersama beberapa temannya yang lain. Malam yang dipertemukan itu, banyak pekara yang dibincangkan dan diperbualkan diantara kami. Dari sekecil-kecil pekara sehingalah sebesar-besar pekara
Namun ada sepekara yang dibincangkan amat menarik buat saya. Tak tahulah sama ada saya seorang sahaja yang merasai atau ada sahabat lain yang turut merasakannya. Apa pun bagi saya ia satu perasaan yang begitu mendalam yang harus dirasai oleh semua pelajar islam yang mengambil bidang pengkhususan bagi pengajian islam khususnya dan amnya bagi pengjian yang lain.
Abg mizi “ aku akan bakar sijil b.a aku, kalau aku x mampu untuk mengislamkan orang atau menarik orang ramai kepada islam jika aku balik nanti” satu kata-kata yang dilontarkan sebagai cabaran untuk kami lapisan baru yang masih lagi mentah dan perlukan tunjuk ajar dari pengalman abang-abang senior yang bakal meningalkan bumi urduni ini.
Satu gurauan dari sahabat saya. Fudat “abg mizi b.arab, x pelah..hehehe”. kami berketawa seketika. Namun pada saya ia adalah satu kata-kata yang amat menarik dan harus diterapkan bagi kita yang meraskan diri ini sebagai wasilah untuk menyampaikan islam di mata masyarakat.
“sesungguhnya agama(yang diredhai) disisi Allah hanyalah islam. Tiada berselisih orang-orang yang telah beri al-kitab, kecuali sesudah datang pengetahuan kepada mereka, kerana kedengkian yang ada pada mereka. Sesiapa yang kafir terhadap ayat-ayat Allah maka seunguhnya Allah sangat cepat hisabnya”
Ali-Imran:19
Walaubagaimanapun, masih ada lagi dikalangan pelajar-pelajar pengajian agama yang masih mementingkan peratus pemarkahan semata-mata. Saya x nafikan bahawa peratus pemarkahan itu penting juga bahkan bagi pendapat saya, saya lebih sukakan pelajar yang dapat mengimbangi pelajaran dan aktivisme persatuan, dan turut mebanggakan jika sahabat-sahabat sekalian mampu untuk membuktikan kejayaan kita seiring dengan kejayaan yang lain.
Dalam satu kelas pengajian hadis di university mu’tah. Dr. Mustafa Abu Zaid ada memberikan nasihat sebagai peringatan kepada pelajarnya yang berkaitan dengan pelajaran dan pada masa yang sama kita ini adalah sbagai penggerak agama. “bagaimana kita seorang penggerak islam namun kita lemah dan malas dalam pembelajaran ilmu Allah itu”. Itu hanya baru dari sebahagian ilmu sahaja. Bagaimana dengan ilmu-ilmu yang lain.??
Pernahkah saudara-saudaraku merasainya…? Berfikirlah sejenak untuk masa depan Islam itu.
Pernah juga ada seorang sahabat saya meluahkan sedikit perasannya ketika dia dipimpin dan dia memimpin. Katanya “ana paling x suka kalau dikalangan ahli-ahli ana yang hebat dalam persatuan namun pada masa yang sama dia tak pernah pun meningkatkan status dia sebagi pelajar, yang harus padanya untuk memiliki ilmu pengetahuan.”
Nah sekarang!!! Apa yang harus pada kita lakukan bukanlah hanya semata-mata untuk mengejar peratusan markah kata mudahnya ‘pointer’ dan bukan juga hanya hebat dipersatuan tapi mundur dalam pelajaran.
Aduhai malangnya masyarakat yang saban hari menunggu kedatangan graduan ustaz mahupun ustazah yang mampu memberikan sumbangan ilmu buat mereka, namun disebaliknya hanya diberikan dengan kata-kata bagaimana untuk mendapat peratusan yang tinggi dalam pelajaran nanti.
Sebelum itu, berbeza bagi mereka yang telah berusaha untuk jadi yang terbaik namun disebalik itu mereka diuji. Mungkin ada sesuatu pekara yang Allah ingin berikan kepada mereka,yang mana orang lain tidak memperolehinya cumanya mereka haruslah sabar dan redha dengn ketetapnNya. Allah tidak sesekali menzalimi hambaNya.
“Sesungguhnya Allah tidak berbuat zalim kepada manusia sdikit pun,akan tetapi manusia itulah yang berbuat zalim pada diri mereka sendiri”
Surah yunus:44
Jauh disudut hati mengatakan diri ini memang tidaklah sehebat seperti sahabat-sahabat seperjuangan lain yang sudah lama di landasan perjuangan. Seperti ustaz mad yang mahir dalam ilmu nahu sorofnya, namun masih belum menandingi ustaz rahim yang mahir dalam memerhati kesilapan nahu sorof. Begitu juga ustz fakhrul hayyi wa mink yang terkenal dengan pangilannya itu dan sahabat ahli baitul mal dan byt dar mutaqin saterusnya semua umat islam yang lain. Mudah-mudahan segala kelebihan yang ada pada kita dapatlah kita sampaikan pada masyarakat untuk masa akan datang insyAllah….